Wednesday, 16 November 2011

Bismillahirrahmanirrahim…



Ya Allah,dekatkan aku denganMu
Ya Allah,aku mohon padaMu dengan sesungguh hatiku
Ringankan hati dan jasadku untuk mnyembahMu sesudah seruan azan
Sucikan hatiku,berikan aku hidayah selalu,
Jangan biarkan hati ku kotor dengan sifat-sifat mazmumah
Jadikan aku wanita yang lemah lmbut tutur kata
Jadikan aku wanita yang hatinya selembut kapas
Jadikan aku wanita yang kesabarannya tidak akan luntur apabila teruji
Jadikan aku wanita penghuni syurga
Permudahkan jalan aku menujuMu
Biarkan hati aku mencintaiMu,rumahMu,kekasihMu sebelum aku mencintai insan-insan lain
Bukakan ruang seluas-luasnya untuk aku kembali padaMu
Bagi aku kefahaman dalam melaksanakan segala ibadah
Kurniakan aku insan-insan yang mencintai agamaMu untuk berada di sisi ku selalu
Agar mereka dapat memimpinku dalam memperjuangkan diri untuk menjadi muslimah sejati
Kuatkan hatiku untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang
Ku harap hanya padaMu aku memohon segala permintaan
Lindungi aku dari segala ancaman dunia
Ya Allah,aku telah jatuh hati
“mencintai seseorang keranaMu”?..sungguh aku tak faham..
Aku jatuh hati pada agama yang ada padaNya..mudahnya..
Dia miliki ciri-ciri lelaki yang  telah lama aku harapkan
Dia lelaki idaman wanita solehah
Dia lelaki yang mampu membimbingku
Dia lelaki yang mengingatkan dan mendekatkan aku dengan Mu
Ya Allah,aku takut kehilangan
Ya Allah,jika dia jodohku,permudahkanlah
Dan peliharalah rasa yang wujud itu
Pelihara kami dari kemurkaanMu
Tapi jika dia bukan tercipta untukku,
Luputkan dia dari ingatanku,
Relakan hatiku membiarkan dia pergi dari hidupku
Ya Allah,ampunkan aku kerana mengganggu dan melalaikan hati yang tenang
Jauhkanlah aku darinya,jauhkanlah Ya Allah..
Lindungi hati ku agar tidak kecewa,
Selamatkan air mataku agar tidak berlinangan kerananya
Jangan biarkan aku jatuh hati selagi aku belum mencintaiMu sepenuh hatiku
Beri aku kekuatan untuk memelihara kesucian fitrah manusia
Jika tiba masanya aku bertemu jodohku,
Aku berharap dia mampu menjadi imam kepadaku
Mampu membimbingku agar menjadi wanita di syurgaMu
Aku berharap dia adalah lelaki yang mencintaiMu lebih dari mencintai aku
Dan dia adalah lelaki yang mencintai aku keranaMu.
Perjalanan ku masih jauh..
Sesungguhnya aku berharap Engkau di sisiku
Menjadi Penolongku,melindungi aku yakni hambaMu yang kerdil..



“Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya &
Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu &
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab )
Aku mengaku tiada Tuhan selain Allah dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah

No comments:

Post a Comment