Monday 28 November 2011

Manusia.. bukan malaikat !!


Bismillahirrahmanirrahim...
fb..fb..fb..
jujur, kerap juga saya masuk ke laman sosial itu..seakan ada magnet...
hinggakan ketika detik2 menghadapi peperiksaan akhir pun, masih sempat lagi log in...adess...lalaikah saya..
mungkin...ya..rasanya ya...
Insyaallah...saya cuba kurangkan...x boleh plak nak tinggalkan mengejut...
ramai sahabat saya kat situ.. ;)
hurm...dalam melayari laman sosial tu, saya x nafikan,..
banyak juga yg saya pelajari...
samada yang dipelajari tu benda baik atau buruk,
hanya rasional dan iman menjadi panduan untuk ikut atau tinggalkan...
*****
di laman sosial tu, saya kadang2 jadi agak kaget tatkala melihat sahabat2 yg bergambar melampau-lampau...
maksud melampau pada saya di sini ialah mengendahkan batasan aurat, tak mempedulikan batas perhubungan dengan ajnabi..Subhanallah..
kadang2, bahasa yang digunakan juga agak 'melampau',..
ada juga yang menjadikan laman sosial itu sebagai tempat mencurahkan perasaan..
tempat menukilkan segala aktiviti harian mereka,...
*****
medan fb juga menjadi tempat mengumpulkan sahabat2..
samada yang baru kenal, sahabat lama,..malah yang mencari jodoh pun ada!
ada juga yang menjadikan medan dakwah..Subhanallah...bagusnya,..
kiranya, siapa yg mengatakan laman fb hanya untuk golongan yang mendambakan keseronokan sahaja??
banyak nasiht2 yang saya sendiri selalu terima..
banyak ingatan2 kepada ALLAH yang di'post'kan di situ..
so, terbukti golongan 'orang agama' ini pun turut sama mengikut trend kehidupan millenium tanpa lupa kepada tujuan asas kehidupan- khalifah di bumi TUHAN..

******




iye ke ???

bismillahirrahmanirrahim

(^__^)
smiley!! ya!!
itulah yg saya buat..
sya taipkan smiley begitu dlm text msg kepada seorang sahabat..
***
"wah...senang hati je.."
"erm...best la kan??"
"xde masalah"
***
sahabat saya katakan begitu kerana sebelum tu, dia sedang meluahkan tentang masalahnya pada saya...
dan dia ada merungut yg betapa besarnya masalah itu...
ALLAH..
terus sy teringat kepada terjemahan dari surah Al-Baqarah, ayat 286..
antara maksudnye.."ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.
***
jadi sahabat ku, berhenti lah mengeluh...
sesungguhnya ALLAH bersamamu...Insyaallah
wallahualam.. 

Maaf..

Bismillahirrahmanirrahim...

"saya minta maaf"..

********************************

saya tujukan khas buat sahabt-sahabat yang mengenali saya..
saya tahu saya punyai terlalu banyak kekurangan..
saya tahu saya miliki terlalu banyak kelemahan..
saya tahu saya lakukan terlalu banyak kesalahan..

justeru, maafkan lah saya..

**************************

mungkin ada yang akan menempelak..
telalu mudah ungkapan maaf diluahkan..
sedangkan hati yang terasa,
jasad yang menolak,
dan fitrah yang terpaksa menerima semua kekurangan saya,..
bukan mudah untuk dipujuk..

***************************

ALLAH...(-__-)
sahabat-sahabat, saya benar-benar minta maaf..
ini luahan dari hati yang penuh dengan pengharapan..
maafkanlah saya,..saya banyak bersalah..
betulkanlah saya..
tegurlah saya...
Insyaallah, saya akan menerima segala teguran dengan berlapang dada..
cuma satu pinta saya, 
janganlah dicanangkan pada mereka-mereka di luar sana tentang kesilapan saya..
janganlah diumpat-umpat sesama kalian tentang saya..
tegurlah saya secara berdepan..
saya terima..

****************************

sahabat-sahabat,..
saya berjanji pada kalian,..
saya akan cuba untuk berubah..
bimbinglah saya, tegurlah saya, betulkanlah silap saya..
maaf atas segala kekurangan saya selama ini..
maaf atas keterlanjuran mulut saya menutur kata..
maaf atas kelancangan lidah saya membutirkan bicara..
maaf atas kealpaan hati saya menilai kehidupan antara kaca dan permata..
maaf atas kelemahan jasad saya berkhidmat dalam perhubungan kita..
maaf atas ego saya yang menidakkan hak kalian di sesetengah masa..
maaf..
maaf atas segalanya..

CINTA ?? herm...

Bismillahirrahmanirrahim..





mahukan sebuah solusi?...mudah saja...





(&_&)







MAAF.. oh.. beratnya...

Bismillahirrahmanirrahim..

~maafkan kami,..maafkan kami..maafkan kami...~
~lalalalala~ (^__^)

ada kenangan dengan lagu ni...
kenangan waktu persekolahan yang takkan saya buang dari kotak fikiran ini, Insyaallah..
apa peristiwanya, biarlah saya dan sahabat-sahabat yang terlibat sahaja tahu..

baiklah, bukan lagu yang menjadi topik perbincangan,..
namun tunjang lagu menjadi buah fikiran..
ungkapan 'maaf'...

perkataannya cukup mudah,..padat, ringkas, pendek, tapi peeeeeeenuh bermakna..
siapa yang tidak pernah mengucapkan maaf?..herm..mustahil ada orang sebegini..
se ego mana pun seseorang, x pernah terlepas dari mengungkapkan maaf..

pada saya, ungkapan maaf ini merupakan satu perkataan azimat..
ia boleh menenggelamkan marah, mengurangkan masam muka, menjernihkan jiwa, menginsafi hati hamba malah mendekatkan diri pada PENCIPTA..
siapa bisa melawan kuasa maaf??
oh, mungkin ada yang pernah berhadapan dengan situasi apabila mengucapkan maaf, ini yang kita dapat..
"pergi jalan lah dengan kau punya maaf!"
atau..
"kau ingat dengan mintak maaf semua benda boleh kembali ke asal?"
hermm..berat ni... (-__-")

*******


sahabat-sahabat, sebenarnya ada 2 situasi bagi ungkapan keramat ini...

samada pihak yang memohon maaf atau pihak yang memaafkan..

apa yang dapat saya perhatikan, banyak keadaan di mana kita sangat susah untuk meminta maaf..

mungkin pada yang salah itu, dia merasakan dirinya betul ataupun dia memang tak nak minta maaf...malu kot.. (-_^)...



bagi situasi ini, nasihat saya satu je...

sentiasa lah set dalam fikiran kita bahawa, tiada salahnya andai kita mengalah..

jangan malu mengucapkan maaf..

biarlah kita dilihat meminta-minta dan merendahkan diri di dunia..
jangan kita merayu-rayu dan dihina di akhirat kelak..nauzubillah..
ingat,...
kita hidup cuma sekali..ini hanyalah persinggahan sementara untuk mengutip amal sebanyak-banyaknya buat bekalan di negeri akhirat kelak..
andai langkah sesekali tempang, tiada salahnya memohon maaf pada insan-insan sekeliling yang sentiasa menjaga langkah..asbabnya, mereka bukan hanya ingin menjaga langkah mereka sendirian..tapi ingin membetulkan langkahmu agar tidak terus tempang.. berbaik sangka lah ye.. (^__^)



satu lagi situasi, bagi yang memberi maaf...

kita mungkin tidak perasaan sangat akan golongan ini..

kerana golongan yang memberi maaf ini akan menjadi golongan terakhir dipandang orang, berbanding golongan yang meminta maaf..

ada yang berpendapat, golongan yang memaafkan bergantung pada yang meminta maaf...
andai golongan meminta maaf merayu seikhlasnya, barulah golongan memberi maaf bertindak sebaiknya... errmm..



sahabat-sahabat...

sebenarnya, inilah golongan yang paling berat..

golongan yang paling susah di'handle'..

samada ingin di'handle' hatinya, perasaannya, emosinya, mimik mukanya,....segala-galanya lah!!
andai unkapan maaf telah terlerai di bibirnya, maka senang hatilah si peminta maaf..
tapi, sejauh mana hatinya menerima, jiwanya merelakan, emosinya mengiakan?..
boleh dikatakan, memberi maaf sebenarnya lebih susah berbanding meminta maaf..
kerana apa?..
untuk memaksa diri meminta maaf dan mengakui kesilapan, kita hanya perlu berperang dengan ego sendiri dan pandangan insan-insan sekeliling..
tapi, untuk memberi maaf, kita bukan sahaja perlu berperang dengan ego, pandangan umum malah tingkat iman, kekuatan emosi, keikhlasan, keterbukaan hati,..macam-macam lagi..
semua itu perlukan keteguhan...



justeru saranan saya, andai ada yang meminta maaf darimu, maafkanlah dia dengan hati terbuka,..

andai hati berat memaafkan, pujuklah hatimu,..

andai emosi mula memberontak supaya tidak memaafkan, tenangkanlah diri dengan mengatakan,.."aku juga punya banyak kekurangan.."..

Insyaallah...
segalanya berbalik pada ketaqwaan kita..
pulanglah padaNYA..
kita bukan siapa-siapa selain hambaNYA yang fakir lagi hina..
Subhanallah..


Ayuh pilih bahagia..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hanya orang yang tidak ingin bahagia memilih jalan untuk tidak membahagiakan diri dengan apa yang diperolehnya..wallahualam





Saturday 26 November 2011

~ Antara sahabat, cinta dan Ya Rabb ~

Diam,

Sunyi, sepi,

Dalam kegelapan ku lihat tiada cahaya,

Menggapai angin malam yg sejuk dingin,

Aku keseorangan,
Menangis menitis airmata beku,
Bagai tiada siapa peduli,
Ku masih berteleku di situ,
Tapi tiada siapa.. kosong.
Diam,

Sunyi, sepi,

Tetap begitu,

Buta mata, buta hati,

Tiada senyuman terukir di bibir,
Tiada ilmu terpahat di dada,
Tiada sayang menerpa di jiwa,
Bagai jasad tiada rohnya,
Begitu aku,
Biar apa di nanti,
Siapaku untuk mentafsir.
Diam,

Sunyi, sepi,

Aku masih kaku,

Dalam diam,

Sayup-sayup namaku,
Dipanggil syahdu,
Hangat mula terasa di jari jemariku,
Lantas ku toleh,
Seluruh dekat ku terasa bernyawa,
Ku rentap sentuhan itu,
Setelah terpampang suatu wajah,
Seorang yang bergelar lelaki.
Diam,

Sunyi, sepi,

Tiada lagi,

Salam dihulur, persahabatan di minta,

Kusambut mesra,
Hariku berseri,
Hidupku bermakna,
Alhamdulillah kupanjat kesyukuran,
Anugerah seorang insan,
Bernama sahabat.
Diam,

Sunyi, sepi,

Tiada lagi,

Berteman sahabat,

Tanpa kusedari cinta terpatri,
Bermunajat ku pada Ilahi,
Apakah semua ini,
Setakat khayalan atau hakiki.
Diam,

Sunyi, sepi,

Menerjah kembali,

Kala aku berteleku kepada-Mu,

Meminta petunjuk,
Kepada suatu keputusan,
Kepastian menjelma,
Untukmu sahabat,
Maaf ku pinta,
Aku belum bersedia,
Pada cinta yg sementara cuma,
Cintaku kini hanya pada ya-Rabbi,
Penciptaku yang Esa,
Yang memberi anugerah,
Mengenal erti Cinta dan Sahabat,
Terima kasih Ya-Rabb.
Antara sahabat, cinta dan Rabb,

kecintaanku kini hanya Pada-Mu.

Thursday 17 November 2011

kenapa saya suka copy paste ??


as-salam..
knapa sy suke copy paste??
firstly sbb..  sy rse sy nak n prlu kongsi ilmu yg sy tlh dpt.. sy tau mmg x kreatif..
tp sy rse ape yg patut be share,must be share.. sy nk ilmu yg sy peroleh dpt disebarkan..




supaya org rmai tau apa yg diorang x tau...

bg sy,,x perlu sy ckp2 lebih kt cni..ckupla skadar bkongsi hal peribadi yg tertentu je..
 sy x brani nk mberi pndapat sbb mgkin akn mguris ati n prasaan org lain..

atau mgkin sy akn tkasar n tsilap bhasa dlm menulis kt blog..

org tua2 kata: kerana mulut badan binasa...
oleh itu,,sy bpendapat bhwa sy msti bhati-hati dlm mluahkan something..
sbb kata2 dan prbuatan da ckup mgambarkan siapa diri kita...
nmpak cam pnakut kan??nmpak cam sy ni seolah-olah org yg x brani bsuara..
tp itula sbb knapa sy nk buat blog..
sy da dpt bberapa ilmu yg sy simpan n mgkin ade yg xtau..
so sy ambil lgkah ni utk sebarkan apa yg sy tau,
n sy x lupa utk nyatakan sumber2 yg sy dpt mgkin ia bley jd bukti n saksi...
apa yg sy hrapkan ialah..
bila sy mninggalkan dunia ni,,
sy mninggalkan dunia dgn kbaikan n amal yg mgkin x ckup utk sy tmbah phala sy yg kurang ni
at least sy pergi dgn mbawa kebaikan pd org ramai ~InsyaAllah..
bkn sy x reti cipta pena sndiri,,tp nk dptkan idea tu susah..takut nnti terlebih feeling
n sy takut sy terguris ati org lain bila mnulis n x sedar apa yg sy luahkan mjadi perhatian org rmai.
thats all...thank you :)




Wednesday 16 November 2011

Kenape perempuan pakai tudung cantik ??




1. sebab dier nak tutup aurat..

2. sebab dier jage maruah..diri. .dan keluarga...

3. sebab.. sebab dier cantik..

4. sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier..kecuali pada yang berhak..

5. sebab dier seorang yg pandai..pandai jaga diri...

6. sebab dier anak solehah...

7. sebab dier dengar ckp mak bapak dier..

8. sebab dier hormati orang lain..

9. sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik..

10. sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt..
11. sebab tak nak menyusahkan orang lain..
12. sebab dapat pahala..
13. sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..
14. sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain..
15. sebab supaya lelaki yg beriman je yg suker dier..
16. sebab mendengar suruhan nabi...
17. sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. jadi die tak nak sewenang2nya menunjuk kpd lelaki..kerana jika die menunjuk maknanya die dah tak bernilai kerana mahkota die telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga)
18. sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..
19. sebab patuh pada suami..
20. sebab plg penting..die orang islam...
21. sebab dalam Al-Quran suruh die pakai tudung..kalau orang Islam tp tak berpegang pd Al- Quran.. nak berpegang pd ape lg..??
22. pasal korang mmg cantik laa kalau pakai tudung..orang lelaki mmg suka org pompuan yg pakai tudung...aku tahu sebab aku lelaki..
23. pasai diorang tahu kalau tak pakai tudung diorang akan "syok sendiri" yang diorang tu lawa...rugi laa kalau camtu...pakailaa tudung wahai muslimah Islam..serius ni...
24. pasai dia tak moo orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2....mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yg baik....